Perjalanan Tok Ma
Byadmin
- Pada 16 November 2006, Anak Jasa (M) Sdn Bhd telah didaftarkan dan syarikat mula beroperasi pada tahun 2007 dari sebuah rumah sewa di Taman Waris, Bukit Payung, Terengganu. Disinilah tapak asal bermulanya perniagaan Tok Ma.
- Pada tahun 2020, kilang Tok Ma telah berpindah ke sebuah lot kedai dalam kawasan yang sama di Taman Waris. Dari tahun 2006 hingga 2010, adalah masa yang diambil untuk fokus kepada kajian dan proses penyediaan produk secara komersial, di mana dalam tempoh ini juga pensijilan Halal berjaya diperolehi pada tahun 2007.
- Tahun 2010 hingga tahun 2013, Anak Jasa (M) Sdn Bhd berjaya merumuskan resipi dan merekabentuk pembungkusan serta proses penyediaan produk. Pada masa yang sama, syarikat menerima geran daripada SME Corp untuk mesin memproses. Menjelang tahun 2013, YPU telah menawarkan kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Bukit Kor (inkubator) di Marang, Terengganu, di mana syarikat mula mencari pasaran.
Pada tahun 2014 hingga tahun 2015, Anak Jasa (M) Sdn Bhd menubuhkan pejabat pengurusan baharu di Putra Heights, Subang Jaya setelah syarikat berjaya memasuki pasaran rangkaian pasaraya besar utama seperti Tunas Manja (TMG), termasuk Giant dan Tesco (Lotus’s), serta memperoleh akreditasi daripada MESTI pada tahun 2014.
Bermula tahun 2016 sehingga kini, kilang telah berpindah dan beroperasi di Halal Park, Chendering, Kuala Terengganu seperti yang disyorkan oleh YPU. Pada tahun 2020, syarikat melangkah setapak lagi dengan penganugerahan pensijilan GMP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada tahun 2023, pejabat pengurusan telah berpindah dari Putra Heights, Subang Jaya ke Denai Alam, Shah Alam, Selangor.
