“Rasa Rempah Sebenar” mencerminkan komitmen kami dalam menghasilkan rempah berkualiti tinggi yang mengekalkan cita rasa asli masakan Melayu tradisional. Setiap campuran Rempah Tok Ma dirumus menggunakan bahan pilihan terbaik dan diproses secara teliti untuk mengekalkan rasa, warna dan aroma semula jadi rempah. Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam menghasilkan rempah, kami percaya setiap hidangan layak mendapat sentuhan keaslian yang mampu membangkitkan selera dan mencipta pengalaman rasa yang tidak dapat dilupakan.
Untuk menerajui pasaran sebagai penyedia pilihan utama rempah-rempah Pantai Timur yang autentik dan mudah digunakan serta membawa kembali rasa warisan silam ke masa hadapan.
Misi
Misi kami adalah untuk memperkayakan pengalaman kulinari dengan memudahkan penyediaan hidangan lazat tanpa mengorbankan keaslian rasa. Kami komited untuk memelihara warisan budaya masakan tradisional dan memastikan ia terus diwarisi oleh generasi akan datang.
Hubungi Kami
Pejabat Anak Jasa (M) Sdn Bhd
No. 21, Jalan Elektron U16/N, Denai Alam, 4010, Shah Alam, Selangor.
anak.jasa06@gmail.com
Kilang Anak Jasa (M) Sdn Bhd
Lot PT 3063 Terengganu Halal Park, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
Terima Kasih
Jika ada sebarang pertanyaan tentang produk, pesanan, atau ingin berkongsi pengalaman memasak menggunakan Rempah Tok Ma, hubungi kami.
Kami sedia membantu.
Pertanyaan dan Tempahan
Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.