Warisan Rempah Tok Ma

Hajjah Salehah Binti Hj Mohamad, yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Ma, ialah pemilik resipi asal dan pengasas kepada jenama Rempah Tok Ma. Selama lebih lima dekad, beliau telah mencurahkan sepenuh jiwa dalam menghasilkan rempah ratus asli berasaskan resipi turun-temurun daripada ibunya.

Semangat dan keazaman beliau dalam mengekalkan keaslian rasa tradisional telah menjadikan rempah Tok Ma pilihan dipercayai dalam kalangan komuniti setempat di Terengganu, khususnya bagi penyediaan juadah majlis keraian, kenduri, dan perhimpunan keluarga.

Bermula secara kecil-kecilan dari rumah, usaha beliau kini berkembang menjadi satu legasi yang sinonim dengan aroma yang kaya, rasa yang istimewa, dan kualiti yang terjamin menjadi teras Rempah Tok Ma hingga ke hari ini.

Bagi menghargai jasa dan usaha gigih Tok Ma, generasi cucu beliau kini meneruskan legasi ini melalui Anak Jasa (M) Sdn Bhd. Berpegang kepada slogan “Rasa Rempah Yang Sebenar”, mereka komited untuk memperluas jenama Rempah Tok Ma ke pasaran yang lebih luas tanpa mengabaikan keaslian warisan resipi asal.


Keunikan Rempah Tok Ma

Produk Buatan Muslim & Bumiputera.

Dihasilkan sepenuhnya oleh usahawan muslim Bumiputera tempatan.



Rempah Tok Ma dihasilkan 100% dari bahan-bahan rempah asli terpilih yang diproses secara tradisional “homemade” tanpa sebarang bahan tiruan. Bahan mentah yang dipilih telah diperiksa dan disaring terlebih dahulu sebelum dikisar tanpa menggunakan sebarang bahan asing seperti pewarna, perasa dan pengawet agar dapat menjamin kebersihan dan aroma asli rempah.