Resepi Kerutub

BAHAN-BAHAN:

■1kg ayam/ daging (dipotong 4)

■1 paket 25g Rempaj Kerutub Tok Ma

■2 sudu besar cili boh

■2 cawan santan pekat (tanpa campuran/ asli)

■2 sudu besar kerisik

■2 biji lada besar (dipotong besar)

■2 batang serai

■¼ cawan air asam jawa

■2 labu bawang besar (dipotong 4)

■Gula Melaka/ nisan & garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DIKISAR:

▪4 ulas bawang bawang merah

▪3 ulas bawang putih

▪1 cm halia

CARA-CARA:

1) Gaulkan Rempah Kerutub Tok Ma, kerisik, bahan-bahan yang dikisar & cili boh bersama ayam/ daging

2) Masak bersama dengan santan & serai sehingga empuk

3) Masukkan air asam jawa, gula Melaka & garam secukup rasa dan biarkan sehingga naik minyak

4) Apabila hampir masak, masukkan lada besar & bawang besar yg dipotong 4