Rempah Kerutub

Ramuan / Ingredients:

Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih, Cengkih, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis dan Lada Hitam.


Maklumat Pemakanan
Saiz Hidangan   25 g
Sajian Setiap Pek   4-6

Jumlah Tenaga   Setiap 100 g
Tenaga   377 Kcal
Karbohidrat   35.6 g
Protein   15.6 g
Lemak   19.1 g

Resepi (25 g):

  • 1 kg daging lembu/ayam (dipotong besar)
  • 1 paket Rempah Kerutub Tok Ma
  • 2 sudu besar cili boh
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 biji cili hidup
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Gula Melaka dan garam secukup rasa
  • 2 labu bawang besar dipotong empat

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-caranya:

  • Gaulkan Rempah Kerutub Tok Ma, kerisik, bahan-bahan yang dikisar dan cili boh bersama daging lembu/ayam.
  • Masak bersama dengan santan dan serai sehingga empuk.
  • Masukkan air asam jawa, gula Melaka dan garam.
  • Masak sehingga naik minyak.
  • Apabila hampir masak, masukkan cili hidup dan bawang besar yang sudah dipotong.

Produk Yang Berikutnya