Rempah Kari Ayam / Daging

Ramuan / Ingredients:

Ketumbar, Jintan Manis, Jintan Putih, Cili Kering, Kacang Dal, Lada Hitam, Kulit Kayu Manis, Kunyit dan Buah Pelaga.


Maklumat Pemakanan
Saiz Hidangan   25 g
Sajian Setiap Pek   4-6

Jumlah Tenaga   Setiap 100 g
Tenaga   371 Kcal
Karbohidrat   40.7 g
Protein   16.0 g
Lemak   16.0 g

Resepi (25 g):

  • 1 kg ayam/daging Iembu
  • 1 paket Rempah Kari Ayam/Daging Tok Ma
  • 2 cawan santan
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Cara-caranya:

  • Campurkan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama daun kari sehingga naik bau.
  • Campurkan Rempah Kari Ayam/Daging Tok Ma dan gaul rata.
  • Masukkan daging, air asam jawa dan biarkan sehingga daging separuh empuk.
  • Masukkan santan dan biar sehingga naik minyak.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (jika perlu) secukup rasa.

Produk Yang Berikutnya